Monday, October 26, 2020

Harga Baru Tempahan Sulaman Tanda Nama Sekolah

Entri: # 07
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue

____________________________________________________

Hai kesayangan.

Berikut merupakan harga tempahan baru bagi tempahan sulaman tanda nama.




Bagi kalian yang berhajat untuk menempah dengan kami, kalian bolehlah hubungi kami melalui applikasi 'Whatsapp' dengan menekan pautan berikut; TEMPAH SULAM

Terima kasih buat kalian yang selalu setia menyokong perniagaan kecil-kecilan kami ini.

Wasalm

Tuesday, March 12, 2019

Sulaman Tanda Nama Jawi

Entri: # 06
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue

Hai kesayangan,

Kisah di sebalik tabir. 
Kami sedang dalam proses menyiapkan tempahan sulam tanda nama Jawi tempahan sekolah.

Kain latar berwarna MAROON (merah hati) dengan warna benang warna PUTIH.

In shaa Allah, kami akan segera siapkan dan pos segera dalam minggu ini juga hendaknya.

Terima kasih.

Wasalam

Beza antara Tanda Nama Sekolah dengan Tag Nama Anak

Entri: # 05
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue


Hai kesayangan, kita bersambung lagi tentang  sulaman tanda nama (nametag) sekolah. 


Di Keraih Lengan Kuazue, kami mewujudkan dua jenis tag nama untuk pilihan ibu bapa dan penjaga.

Satu adalah tanda nama yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah, manakala satu lagi adalah tag nama yang kebanyakan ibu bapa dan penjaga menempah untuk kegunaan melabel pakaian/peralatan anak masing-masing.

Berikut adalah perbezaan saiz di antara kedua tag nama ini.


Saiz A adalah bagi kegunaan sebagai tanda nama sekolah (standard sekolah) manakala saiz B adalah tag nama yang digunakan sebagai label pada pakaian/peralatan anak.

Saiz bagi tanda nama Rumi mahu pun Jawi adalah sama melainkan dinyatakan oleh pihak sekolah atau pun ibu bapa penjaga yang menempah.

Harga bagi tempahan sulaman tanda nama pula bolehlah merujuk di SINI manakala harga bagi tempahan sulaman tag nama pula (saiz B) adalah sebanyak 

  • 1pc = RM1.50
  • 5pcs = RM7.00
  • 10pcs = RM13.00
  • 20pcs = RM24.00
  • 50pcs dan ke atas = RM1 sekeping
Sebarang pertanyaan bagi tempahan sulaman, bolehlah wasap kami melalui pautan ini; TEMPAH SULAM 

Sekian,

Wasalam

Monday, June 12, 2017

Panduan Pengiraan Aksara Nama - RUMI

Entri: # 04
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue


Hai kesayangan, kita bersambung lagi tentang panduan tempahan sulaman tanda nama (nametag) sekolah.

Kali ini admin akan menulis tentang bagaimana untuk mengira aksara nama bagi tempahan nametag RUMI.



Merujuk kepada gambar di atas, kiraan aksara seharusnya termasuk selang atau noktah yang berada di antara dua nama.

Maksimum jumlah aksara nama adalah 14 aksara berbanding dahulu maksimum diberi pihak sekolah adalah tidak melebihi 10 aksara.

Namun jika ada ibu bapa yang mahu juga nama panjang anakanda disulam, mana-mana aksara melebihi 14 aksara, akan menjadi semakin kecil dan semakin rapat. 


Dan disebabkan nama-nama anakanda yang pihak kami terima semenjak dua tahun kebelakangan ini menjadi semakin panjang, pihak kami dengan ini akan mengenakan cas tambahan (RM) bagi mana-mana nama yang melebihi maksimum aksara yang telah ditetapkan.

Hal ini disebabkan tempoh masa menyulam serta penggunaan benang menjadi semakin banyak. Sejajar dengan kenaikan kos bahan mentah (kos harga bagi kain, benang, elektrik dan masa menanti), pihak kami terpaksa membuat perubahan ini.

Setiap lebihan aksara akan dikenakan cas tambahan sebanyak RM0.05 bagi setiap satu lebihan aksara.

Pihak kami berharap agar kalian memahami situasi kami sebagai penyulam dan penyedia perkhidmatan ini. Kerjasama daripada kalian semua amatlah kami hargai.


Sekian,

Wasalam.

~Admin Keraih Lengan Kuazue~




Sunday, June 11, 2017

Panduan Tempahan Sulam Nametag

Entri: # 03
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue


June 11, 2017 (Ramadhan 16, 1438H)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan,


Hari ini admin akan menulis tentang bagaimana untuk membuat tempahan bagi sulaman nametag atau sulaman tanda nama yang kebanyakannya digunapakai oleh anak-anak kita sepanjang sesi persekolahan mereka.

Saiz nametag standard yang kami sediakan adalah mengikut spesifikasi sekolah iaitu bersaiz 20mm x 70mm. 

Berikut adalah sebut harga kami berdasarkan saiz 20mm x 70mm dengan jumlah nama disulam tidak melebihi 14 aksara (bagi nama Rumi dan bagi nama Jawi akan dimaklum dalam entri seterusnya).




Bagi menempah, kalian bolehlah samada menghubungi kami melalui :









Sila nyatakan:
1) pilihan nametag/tanda nama samada Jawi atau Rumi
2) nametag standard atau berlainan saiz atau nametag 2 barisan (sertakan contoh jika boleh)
3) warna kain latar 
4) warna benang
5) nama yang ingin disulam dan
6) jumlah kepingan per nama yang dikehendaki

Perbincangan seterusnya tentang harga, bayaran dan tempoh siap akan dimaklumkan sejurus selepas info di atas diperolehi. Tempahan akan diproses selepas kami terima bayaran seperti perbincangan.

Bagi tempahan pukal sekolah-sekolah, senarai nama perlulah dihantar kepada kami melalui email tertera dan seterusnya, invois rasmi akan kami keluarkan kepada pihak tuan/puan. 

Proses tempahan hanya akan kami mulakan setelah kami terima bayaran deposit seperti perjanjian perbincangan.

Harga tempahan pukal sekolah adalah bergantung kepada jumlah kuantiti kepingan nametag.


Sekian, 

Wasalam

~Admin Keraih Lengan Kuazue~




Wednesday, June 07, 2017

Cara Untuk Menempah

Entri: # 02
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue




June 07, 2017 (Ramadhan 12, 1438H)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan,

Keraih Lengan Kuazue (KLK) menawarkan perkhidmatan:
1) menjahit sulaman nama dan tanda nama
2) membuat imej sulaman mesin
3) menjahit dan menyulam produk-produk seni kreatif seperti bantal hiasan, tuala, aksesori perkahwinan dan lain-lain lagi.


Berikut adalah cara bagaimana untuk menempah dengan kami (KLK):

1) Kalian boleh menghubungi kami samada melalui applikasi Whatsapp mahu pun applikasi Telegram seperti tertera di bawah.






Nyatakan pesanan kalian dan proses perbincangan akan dilakukan melalui applikasi terpilih. 
Perbincangan akan meliputi:
a) Jenis perkhidmatan yang dihajati
b) jenis sulaman yang dihajati
c) jenis fabrik (jika berkaitan)
d) tempoh siap produk dihajati
e) kos tempahan dan nilai deposit (tertakluk jumlah kos)

2) Bayaran deposit atau nilai penuh (RM)
Pihak kami hanya akan memasukkan tempahan kalian ke dalam senarai tempahan untuk diproses setelah kami terima bayaran (penuh atau deposit).

* Bayaran penuh adalah bagi mana-mana perkhidmatan dengan nilaian RM tidak melebihi RM20.
* Bayaran deposit adalah bagi mana-mana perkhidmatan dengan nilaian RM melebihi RM20.

3) Sejurus selepas tempahan dimasukkan ke dalam senarai tempahan, pihak kami akan menghubungi kalian bagi memberikan nombor rujukan tempahan dan anggaran masa siap (bergantung jumlah tempahan di tangan).

4) Bagi mana-mana perkhidmatan dengan bayaran deposit, pihak kami akan memaklumkan baki bayaran perlu dilangsaikan sejurus sebelum memulakan proses sulaman atau jahitan tempahan. Baki bayaran ini perlu diselesaikan dalam tempoh tempahan siap. Produk siap hanya akan di pos/serah/email hanya apabila baki bayaran telah dijelaskan sepenuhnya.

5) Proses pengeposan adalah menggunakan perkhidmatan POS LAJU dan lain-lain perkhidmatan berdasarkan perbincangan awal dengan penempah perkhidmatan.

6) Pungutan ('pick up') produk siap hanya boleh dilakukan pada setiap hujung minggu di TESCO RAWANG sahaja. Tiada 'COD' walau pun setempat kecuali atas budi bicara pengurusan KLK.

7) Pengeposan hanya dilakukan pada setiap SABTU atau AHAD sahaja. 



Sekian,

Wasalam

~Admin Keraih Lengan Kuazue~



Friday, June 02, 2017

Kenali Kami

Entri: # 01
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue


Assalamualaikum dan selamat Siang Kesayangan.

June 02, 2017 @ Ramadhan 07, 1438H

Entri pertama ini adalah entri pengenalan bagi kalian untuk mengenali Keraih Lengan Kuazue (KLK).

KLK menawarkan perkhidmatan menjahit sulaman mesin dan seni kreatif bagi para pelanggan.

Pada tahun 2012, KLK ditubuhkan pada mulanya hanya secara sambilan, namun, pada November 2014, setelah beroperasi secara sepenuh masa, KLK telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 002376976-K.



Kategori bisnes: Bisnes Online (SOHO di kediaman) 
Target Pasaran: Kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana 
FanPage Jualan: https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue


Email: keraihlengankuazue@gmail.com
Whatsapp/ Telegram: 013-2700020
Instagram: keraih_lengan_kuazue



Kapasiti mesin kami pula adalah seperti berikut:
(2017) - satu unit mesin sulam, satu unit mesin jahit lurus industri, satu unit mesin jahit tepi mudah alih dan satu unit mesin jahit lurus mudah alih.

Kami mempunyai kepakaran dalam menyulam dan membuat imej sulaman dan oleh kerana itu, kami menawarkan perkhidmatan "custom-made".

Tempoh siap sesuatu produk adalah bergantung kepada jumlah tempahan sedia ada dan ketelitian sesuatu design.

Sampai sini dulu pengenalan kita.

Sekian,

Wasalam


~ Admin Keraih Lengan Kuazue ~